Scroll Text

Put Allah first and you will never be last :)

Sunday 22 March 2015

Hi saya dah kahwin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and Hi semua *lelambai penuh eksaited*

 

Tajuk. Macam melodi kan? Anyway alhamdulilah saya dah kahwin. *tutup muka*

So. 

Jujurnya ramai yang terkejut. Even aku sendiri pun masih samar samar. Ecehhh. K menipu sangat. Tapi masih dalam proses adapt. And plus as for now hencik suami di Kedah aku di Negeri Sembilan. Bak kata beliau "Percintaan Jarak Jauh" or nama glamernya PJJ. Amboi kelas kau Mariahhhh! Okay sambung cerita. 

How did this happen sebenarnya? Sebab tiba tiba hash tag #nufaoffmarket muncul. So semua dah ready nak mendengarr? Are you ready kids?

Ai ai captain hihihi :3

Macam. Few days before kahwin pun still ramai tak tahu sebenarnya. Bukan tak nak jemput. Serious tak bermaksud, cuma ini majlis akad nikah. Resepsi nanti jangan risau, iols akan jemput uols semua. Okayyy? *hulur cokelat*

DAN ENTRY INI HANYA ADA BEBERAPA KEPING GAMBAR SEBAB GAMBAR DARI PHOTOGRAPHER BELUM AMBIL :D :D :D :D :D

So. *eceh eksaited kan semua orang?* Baik mengaku lekaih. Ehem. Jadi bagaimana saya bernikah? Gituwwww.

Actually to be honest for the first time, pilihan Mak & Abah. Kami bertunang pada 5 Disember 2014. Tak ramai yang tahu. Sebabnya aku tak upload. Hihi. Kalau tak mesti kecoh dah. 

Ada juga bertanya. Macam mana boleh terima? Tak takut? Tak risau?

Sebenarnya time aku Semester 4 dulu aku dah ada pilihan sendiri. Dulu okay dulu. Tapi Allah knows The Best kan? Something has happened. Time tu aku rasa aku lah manusia yang paling banyak masalah. Tak makan. Asyik nangis. Keep asking why all of this happened? Kenapa aku yang kena hadap? Kenapa aku yang mesti rasa perasaan ini? Aku give up. Sampai lari balik Kedah time weekend sebab rasa macam tak boleh nak hadap dah semua benda.

Sampailah out of sudden kawan aku nak match making kan aku dengan Suami aku *senyum malu* hihi mula mula aku tak nak. Wajiblah add drama macam Cerekarama or Slot Samarinda. Ye dok?  Ateee ye lah baru patah hati kan? Mana mana manusia normal pasti rasa apa aku rasa. Tambahan pula aku hanyalah gadis biasa yang ada hati dan perasaan. Aku rasa macam whatttttttt. Kenapa tiba tiba pulak? Gua baru lepas heart break kot. Gituw la lebih kurang apa aku rasa time tu.

Tapi.

Dia tak directly contact aku. Even suara dia pun aku tak tahu. Dp whatsapp dia pun tak guna gambar sendiri. Nampak betapa misterinya dia? Malangnya dia misteri dekat aku sahaja T.T dengan mak abah aku kemain amik hatinya. Serious. Dia pikat mak abah. Even first time dia jumpa mak abah pun mak abah dah bekenan gila dekat dia sampai aku pun naik heran. Sebabnya mak abah aku jenis susah sikit nak jatuh cinta dekat anak orang dalam masa yang singkat. Tapi untuk kes ni. Lepas pertemuan pertama pun mak abah call. Suara diorang eksaited sangat.



Tapi malangnya.......... *drama kan?*

Haaa time ni aku masih berbelah bahagi. Macam eh betul ke ni? Betul ke nak kenal dengan dia ni? Betul ke nak tunang ni? Lepas tunang kahwin. And aku macam jujurlah aku tak yakin apa yang aku buat ini betul. 



Sampai kali ke tiga dia datang rumah. Dia bawak mak ayah dia. Peh. Nampak dak tahap serious dia dengan aku macam mana? Padahal aku time tu berbelah bahagi lagi woihhh. And mak ayah dia pun okay dengan aku.




LAGILAH aku mcm eh. Senangnya? Takkan semudah itu mak ayah dia okay. Kalau aku tanya dia mesti ayat wajib dia jawab




"Saya letakkan pengharapan pada Allah. Allah mudahkan. InsyaAllah semua jadi senang"




Ha nampak dak betapa bezanya tahap kematangan aku dengan dia? Yang dia dah yakin and okay habis tapi aku T_T entahlah sebab ini berkaitan hati dan perasaan kot? Sebab tu susah aku nak buat keputusan.




Bab nangis jangan cakap. Sehari sebelum tunang pun nangis macam anak kecil lagi hahaha. Nampak dak betapa dramanya aku? Tapi time hari tunang aku rasa tenang lain macam. Sebabnya aku tenang hadap muka mak abah aku. Muka happy. Happy yang aku sendiri tak dapat nak describe macam mana tapi aku yakin semua orang akan alami benda ni. Alami perasaan di mana kita akan rasa macam alhamdulilah aku buat mak abah happy. And honestly itu yang penting bagi aku. 




Time tunang aku tak fikir lain dah. Aku fikir. BAHAGIA MAK ABAH BAHAGIALAH AKU. Ha macam tu la lebih kurang apa yang aku rasa. 




Sebabnya.

I've talked to mak abah aku kawan kawan rapat aku dan semua orang yang aku percaya, yang aku akan seek bilamana aku ada masalah. At the same time istikharah pun aku tak tinggal. Aku buat both Istikharah dan Istisyarah.

Dan aku dapat conclude satu ayat. Ayat yang dah ubah hidup aku 360 degrees.

Dari someone yang selalu subuh 0630 dah tukar jadi 0530 sebab nak kejutkan Suami.



Someone yang amik ringan selalu terbabas selepas subuh kepada seorang yang masuk dapur.

Dari sekecik kecik perkara ke sebesar besar perkara.

Ayat ini yang berjaya ubah aku. Yang berjaya ubah Siti Nur Fatin from better to much better. InsyaAllah.

Redha Allah datangnya dari Redha mak dan abah.

Mula mula aku macam nak lantakkan sebenarnya. Aku memberontak. Mcm kenapa aku kena ikut pilihan mak abah? Macam mana kalau aku tak bahagia? Macam mana kalau aku tak suka dengan semua ini? Tapi deep down dalam hati aku, aku rasa sebak. Aku rasa sedih. Tambahan pulak aku anak manja mak dan abah. Aku rasa macam aku dah hampakan sangat Mak dan Abah aku kalau aku tak akur dengan pilihan mereka. 

Sort of like apa guna aku bahagia kalau mak abah tak meredhai aku? Dan kalau mak abah tak meredhai aku, macam mana Allah nak redha dengan aku? Kan?

So selepas pertemuan pertama family hencik suami dan family aku, I said yes. Yes untuk kehadiran dia. Dengan aku cakap dalam hati.

Kalau betul, Allah mudahkan.

Dan sejujurnya, sangat mudah T_T  Macam mana Allah mudahkan? 

Aku apply borang nikah SENANG. Aku selesaikan urusan pejabat agama SENANG.



Senang dia tu macam bulan 12 dia ajak eh awak jum kahwin and yes alhamdulilah bulan 3 dah pun kahwin.




Dari istilah main kahwin kahwin sehinggalah kahwin betul. Dapat points aku? Aku sedar bilamana majlis dah habis. Aku nampak muka penat mak abah aku. Tapi penat in terms of sangat bahagia. Even abah aku pun sendiri cakap I am proud of you. See? 




Okay aku bukan nak tekankan yang semua orang tak boleh buat pilihan sendiri ye dalam kes ni. Cuma dalam situasi aku sekarang, aku lebih pilih untuk bahagiakan mak abah aku. Dan cara bahagiakan mak abah aku ialah dengan menerima hencik husband and yes alhamdulilah Allah Maha Adil. 




Dia tolong aku in each and every aspects. Dari assignment kelas cuti nak balik Kedah preparations dan semuanyalah. MUDAH. And jujur cakap aku tak rasa stress pun nak fikir pasal wedding. Macam eh hantaran dah cukup ke? Eh mak andam macam mana ye? Aku tak fikir pun macam mana susahnya nak berkahwin. Aku cuma mengira hari menghintung detik waktu bilama aku akan sah menjadi milik seseorang. Dan kami tak bercinta. Maksud aku, sepanjang pertunangan kami, contact sekadar biasa. Dah makan ke? Bla bla bla and so on. Kalau nak jumpa, datang rumah. Ecehh. Padahal kalau dia datang rumah aku lah manusia pertama akan lari menyembunyikan diri. Malu kononnya. 



Aku kan pemalu? :P



Takut tak nak kahwin ni?



Takut tu wajiblah ada. Sebabnya I am going to marry a stranger kot? Maksud aku stranger in terms of aku tak kenal sangat perangai dia macam mana, apa makanan kesukaan dia and so on. So macam misteri la lebih kurang. Hihi.





Bila dah selesai akad, aku rasa macam satu perasaan lain. Perasaan sayang. Macam eh aku dah ada suami. Lepas ni apapun yang jadi suami dulu. Then barulah mak abah. Macam kalau nak keluar pun eh kena minta izin suami. 
Aku sendiri terkejut dan kadang kala rasa nak tampaq dahi sendiri macam eh betul ke dah kahwin? Betul keee dah kena belajar jadi suri rumah ni? Sebab jujur cakap benda ni mcm berlaku sekejap sangat. Mudah sangat. Macam senanglah kiranya. 

:)

Oh ya aku ada buat video sebenarnya time lepas kami tunang.

Tengoklah kalau nak tahu kisah sebenar. Eceh. Bajet glamer laaaa minah ni.







Hatta sebelum kahwin pun aku masih ada ragu ragu macam ya Allah betul ke aku nak kahwin ni  tapi Allah nak tunjuk, aku terjumpa satu artikel di mana ada ayat dia cakap

"Apa yang penting, keyakinan"

Setiap kali usai solat aku tak pernah berhenti berdoa supaya Allah mudahkan. Supaya Allah kurniakan rasa sayang selepas akad. Jujur aku risau sebenarnya. Aku risau kalau aku tak boleh terima suami aku. Aku takut kalau aku tak boleh nak adapt dengan suasana baru.

Tapi.

Dan pada 16 Mac 2015 alhamdulilah dengan hanya sekali lafaz.

Siti Nur Fatin binti Mohd Darus sah menjadi isteri kepada beliau, Mohd Zamzuri bin Zakaria

:)


Time sarung cincin. Time ni debar lain macam. Sebab first time cakap dekat-dekat. Hahaha. 


My lovely maid of honor, Sayang Kak Ngah! :)


The dress.


Tolonglah faham betapa lama aku praktis untuk jadi ayu pada hari kejadian. :3


Yana yang cantik manis tolong pakaikan shawl. Terima kasih baby! :)



THANK YOU datang all the way from Pahang Negeri Sembilan Perak Penang Labuan dan sebagainya. You guys rock! Sayang korang. Tanpa korang maybe majlis tak berjalan lancar. So, thank you much! :)





Geng Smkak. Terima kasih sudi mai. Terima kasih buatkan hantaran. Terima kasih atas segala nasihat dalam group. Tien sayang semua. :)





Time ni masih segan masih awkward tapi itu yang manis.




And as for now baru belajar nak call satu sama lain. Baru nak belajar hormat suami. Jaga makan minum suami. Baru nak kenal satu sama lain. Baru nak adapt. Masih baru kan?




Tapi aku sendiri nasihatkan diri sendiri juga yang hidup bukan fairy tales. Bukan semuanya bahagia. Wajib ada masalah. Tapi jangan tekankan masalah. Tekankan macam mana nak selesaikan masalah itu. Sebabnya as for now hidup aku bukan untuk diri sendiri sahaja, hidup aku ada dia. Apa yang aku nak buat or cakap aku kena fikir dia. 




Kena saling bekerjasama. Tolong menolong. Bantu satu sama lain. Faham satu sama lain.



Namapun suami isteri. Kan? :)

 And as for now Alhamdulilah, I'm currently in love with my husband. 



Aku tak tekankan semua orang untuk jadi macam aku. Tak tak. Lain orang lain cerita lain kisahnya. Ada yang sedih dulu. Ada yang dari awal happy. Apa yang penting yakinlah dengan ketentuan Allah.

Trust me. Cepat atau lambat. Allah knows everything.



Macam cerita aku. Macam macam aku lalui. Pahit manis. Menangis ada ketawa ada. Macam-macamlah. Tapi percayalah. Janji Allah itu janji yang pasti. Dia tak akan pernah hampakan hambaNya.

And this is my story. 

May Allah bless.





PS kalau nak tengok gambar boleh search hash tag #nufaoffmarket & belog sahabat i dunia dan akhirat #nufaoffmarket
Xoxo Puan Nufa   

No comments:

Post a Comment