Scroll Text

Put Allah first and you will never be last :)

Wednesday, 3 August 2016

Be Kind.

Assalamualaikum and Hi. 

How are you? Acewah kemain. Mentang mentang la tengah ajar BI konon nak speaking lah. Harineh Ummi takmau bebel pasal life Ummi as a student. I nak bebel bab lain.

Image result for kind

Baik. Baik yang macam mana ye? Bagi aku, baiklah sesama manusia, sesama haiwan, sesama pokok sesama batu bata dan lain-lain lagi. Janji kita baik. 

Eh tak kenal pun dia. Kenapa nak kena baik pulak? Eh kami tak rapat pun. Kenapa still nak buat baik? Eh Uncle tu Chinese la, kenapa nak buat baik dengan dia?

Actually tak kisah pun umur ke bangsa ke warna kulit je apa apa lah janji kita ada niat nak baik dengan orang. Tak kisah la dia kaya ke jutawan ke ape kalau dah dia perlukan pertolongan kita apa salahnya kita tolong kan. Apa salahnya kita buat baik dengan orang.

Tambah pelajar macam aku. Kena rendah diri. Buat baik dengan orang. Bukan apa, nanti kalau kita susah kalau takda orang nak tolong jangan salahkan diorang pulak. Mungkin sikap kita sendiri yang dari awal tak suka membantu orang or berbuat baik dengan orang. 

Tak perlu tunggu sehingga orang minta tolong baru kita nak tolong. Tak perlu pun nak kena sama course baru nak buat baik. Tak perlu tunggu dah jadi cikgu baru nak berbaik dengan cikgu lain. Tak Tak perlu tunggu orang baik dengan kita dulu, then baru kita nak buat baik balik. Tak perlu semua tu.

Apa kata kita sendiri yang start berbuat baik dengan orang? Kita senyum dengan orang. Kita berkongsi maklumat dengan orang. Kita cakap elok elok dengan orang. 

Image result for kind

Trust me. Try. Chill.

Mesti kita akan rasa lega. Kita akan rasa hati tak stress. Hidup tak stress. Sebab kita tenang. Sebab kita positif. Kita buat baik dengan orang.

Prinsip aku senang. Buat baik dengan orang walaupun orang hadiahkan tahi buat kita lol.

Kalau dalam Islam sendiri ada Kifarah. So. obviously dunia ni bulat. Kadang kita atas kadang kita bawah kan? 

Terpulanglah kepada diri sendiri macam mana kita nak hadap, macam mana kita nak react dengan orang sebab yang nak tanggung nya kita, yang nak rasa bahagia nya kita.

Aku tak paksa orang buat baik dengan aku. Ni cuma pandangan aku sahaja. Lol.

Image result for kind

Paling penting.

Till then, take care!

No comments:

Post a Comment