Assalamualaikum and Hi.
Actually tadi aku nak buat refleksi selepas mengajar tapi entah kenapa aku end up tang sini? DASARR PENCURI MASAAAA hahaha em kay sambunglah. Semua sihat ke? Aku rasa aku makin sihat dengan makanan yang tak berapa sihat seperti KFC drive thru maggie ayam maggie kari maggie tomyam dan sebagainya............
Mesti akan cakap eh duduk rumah kan? Takkan tak sempat masak? Kan ada dapur bagai. Tell you what.....Living in a house with a 5 months cheeky baby akan buatkan hampa semua kelam kabut even nak ke toilet pun aku tak fully tutup pintu sebab insecure anak menangis nanti aku tak dengar. Rasa macam geli kan? HAHAHA wait until you've become a mom, it'll be worse than that lol
So.......
How's life? Mesti, Actually ramai jugak yang pm aku whatsapp aku call aku asking me how am I doing? Can I cope with life? Tak penat ke? Tak rasa nak quit ke?
Even lecturer pun concern :') You know who you are Madam.
Awak dah jadi mak. Kena la kuat macam Mak.
Sejak aku dapat berita aku kena sambung balik pengajian setahun setengah aku dekat IPG yang sama, aku lost sekejap. Nangis pun ada. Fikir. Aku nak bawak anak ke nak tinggal anak ke. Rasa sedih. Rasa burden. Mungkin tak nampak luaran, aku macam acewah kekonon kuat tapi jujurnya deep down aku rasa aku tak kuat and tak mampu nak hadap. Tapi aku tak sampai hati nak berpisah dengan anak.
Orang boleh cakap eleh tinggal je lah anak tu. G sambung belajar. Tak lama pun setahun setengah. Kalau dah terpaksa takkan nak bawak anak? Okay mungkin lain orang lain pendapat tau. Tapi bagi aku biarlah susah senang aku tanggung, Biarlah anak meragam sampai aku tak tidur dan esoknya aku kelas pun, biarlah. Aku okay. Aku taknak susahkan orang lain jaga anak aku, even husband ada cakap boleh tinggalkan anak dekat mak mentua, I definitely said No.
Tunggulah bila dah jadi mak. Lain rasanya. Nalurinya lain. Kita tak akan pernah boleh berpisah jauh dengan anak, especially kalau anak kita fully breastfeed baby. Even aku keluar beli barang and tinggal Uwais kat mak, tangan ni laju je bukak Gallery bukak video dia bukak gambar. Trust me, I am one pathetic insecure Ummi yang akan rasa lain macam kalau anak jauh dari dia. Plus I am one protective mother yang tak boleh kalau ada orang bawak anak dia jejauh dari dia. Trust me, I'll hunt you forever. Hihi sebab apa? Sebab itu anak. I've gave birth to him. Perit sakit bersalin pun belum habis tau T.T
Memula, eleh tipu lah kalau tak drama setiap kali husband datang and time nak hantar husband balik, wajib ada drama autumn in my heart, aku ulang drama autumn in my heart. Sebab apa? Entah, Aku kekonon macam dah kuat ah sikit sebab hampir sebulan dah duduk berdua dengan baby tapi setiap kali hantar husband dekat ktm mesti leleh jugak tapi tak boleh leleh lama ada anak nak kena jaga.
Masa first week time tu baby macam tak biasa lagi. Aku rasa dia pun dapat sense mana ayah? Mana tokmak? Mana tokabah? Mana semua orang? Apehal aku dengan ummi je? Indeed awal dulu Uwais banyak jugak meragam. Taknak tidur. Bayangkan setiap hari aku kelas sampai 5 and kelas start pukul 8, tapi aku end up akan tidur pukul 3 something. Mula mula aku ada terfikir nak give up. Nak hantar Uwais balik Kedah. Sebab aku rasa macam burden. Jahat kan aku fikir macam tu? Aku marah husband sebab aku rasa macam dia tak berusaha nak dapatkan kerja area sini. Aku rasa nak marah semua orang sebab takde sapa faham apa aku rasa. Takde sapa faham penat aku.
Ps ni cerita betul and tujuan aku jujur sebab aku nak jadikan benda ni pengajaran. Aku rasa geram sangat dengan Uwais. Padehal time tu Uwais baby and taktau apa apa. I am such a bad ummi T_T
Sehinggalah. aku dikejutkan dengan berita salah seorang kawan aku kehilangan suaminya buat selama-lamanya. Takziah sayang, you know who you are. Time tu aku tergamam. Aku rasa macam ya Allah. Semua ni hanya pinjaman dariNya. Kalau aku asyik end up tak bersyukur, aku rasa benda ni membebankan, what if Allah tarik balik pinjamanNya?
Terus aku peluk and cium Uwais. Aku menangis. Aku rasa macam teruknya aku. Tak patut aku fikir mcm tu. Patutnya aku kena matang, aku kena kuat. Bukannya aku asyik nak salahkan orang. Anak aku tak salah. Husband tak salah. Semua orang tak salah. Yang salahnya aku, aku yang tak pandai nak adapt. Orang lain tunggu sampai 8 tahun nak anak, aku dah ada anak, aku rasa benda tu beban.
Alhamdulillah I've changed to be better after that. Aku dah tak rasa nak marah ke nak mengamuk ke instead aku dah enjoy dengan keadaan aku sekarang. Aku lupa. Aku ada Allah. Aku ada suami aku. Aku ada keluarga dan kawan-kawan aku. Paling penting, aku ada Muhammad Adam Uwais, my cheeky little bambam.
Aku balik kelas dan amik dia dari pengasuh, dia akan tersenyum sengih dan gelak macam yey ummi dah balik nak amik aku. I'm typing this while crying haha dasar mak mak. Ketahuilah, apapun jadi anak tetap penawarnya. Uwais senyum pun dah boleh buat aku lupa betapa penatnya aku dengan kelas. My son needs me to be strong, to always be there for him, to cheer him up. to be with him.
Tak patut pun aku nak marahkan Uwais. Uwais taktau apa apa.
Yang dia tahu aku Ummi dia, aku protector dia. Aku yang dia cari kalau dia nak susu. Aku yang dia cari kalau dia nak tidur. Dia perlukan aku. He needs me to be a fit mother, to love and care for him. So, I must be the mother that he needs. Aku perlu kuat. Aku perlu sabar. Paling penting, aku perlu ada untuk dia untuk setiap saat yang aku ada, sebab he's my son and I love him so much.
Dan Uwais macam faham aku Ummi yang sibuk. Dia tak banyak ragam, ada la ragam tapi tak lama pun. Dia cuma nak perhatian. Aku dah berjaya train dia tidur lepas maghrib. Sebelum maghrib tu memamg aku tak buat apa apa, aku tumpukan perhatian dekat dia. Main dengan dia. gelak dengan dia. Dia happy. Aku lagilah happy. Haha again nangis sebab rasa macam phew ni lah kekuatan aku dekat sini. Cara dia pandang aku, pegang aku, macam Ummi I love you, please take care of me.
:')
And paling penting.
Sebab aku tahu years after this, aku akan tersenyum bangga seeing how am I doing. Aku akan rasa manisnya dalam dugaan. Aku tahu good things will come after. I just have to be patient and do well. Doakan aku gais. Doakan aku diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku liku kehidupan acewahh. Doakan Uwais ikut muka aku sikit :P Okay merepek haha ye lahh aku dah redha Uwais ikut muka husband, ye lah namapun ayah dia kan? lol
So aku rasa takat tu je aku nak bebel hehe aku nak tulis reflection ni, nak siapkan kerja siap siap so that weekend nanti boleh tumpukan perhatian dekat Uwais. Kesian anak ummi, kasih terpaksa dibahagikan antara anak dengan rph lol ( teacher will definitely get this )
Till then, take care!
No comments:
Post a Comment